PTD oh PTD...

Aku dpt surat panggilan ke exam ptd yang berlangsung sabtu ni 10/04/2010, persiapan untuk exam sgt tidak best kerana sedia maklum keadaan kesihatan yang sgt goyah. di tambah pula my Darwish suffer asthma attacked. so pity!!

Sabtu ni pasti my hubby akan menemani ku ke tempat peperiksaan di Sek 24, s.Alam. Exam bermula pukul 9 am dan berakhir selewat pukul 4.30 pm. Pasti keletihan. maklumlah sudah lama x mngahadap exam...last aku amik exam time apply KPLI, lebih kurang sama gak tapi aku rasa x le lame sangat!! Rasanye cam malas je nak mengisi borang OMR dan menulis esei. Sebelum aku nak menduduki exam ni...aku sure ramai yg kat luar sana pun tercari2 ape tips2 untuk lulus exam PTD ni kan? aku pun bkannye pandai sangat...Jom kita kongsi tips ni sama2 supaya kite sama2 dapat menjawab nye dngan mudah dan effective skali. InsyaAllah.

Meskipun exam ptd kali ini adalah pertama kali yg aku hadiri tp mungkin tips2 ini nanti mampu membantu mereka yang bakal menduduki exam ptd walaupun buat kali yang ke berapa. Walaupun peratus kejayaan dan kegagalan dalam exam PTD ini ialah 50-50 tp aku menyahut cabaran suami, family & member2 sekalian. Aku percaya di mana ade kemahuan di situ ada jalan. Ingatlah..Gagal sekali x beerti gagal tuk selamanye...


Tips pertama – Jika kalian memohon jawatan ini semasa mengisi borang SPA. Pastikan anda sentiasa alert pada persekitaran dan isu semasa dengan memperbanyakkan membaca surat khabar dan melihat berita. Mulakan skang, ya hari ni. Jika post ini kalian baca seminggu sebelum exam, aku syorkan baca blog yang sentiasa update dengan isu semasa. Serius, untuk exam kali ini blog-blog tentang isu semasa byk membantu dan jgn buang masa membaca blog politik..Mahu jadi PTD kita perlu berfikir untuk berkhidmat utk negara tidak kira di bawah kepimpinan siapa.

Tips kedua – Beli buku “Malaysia Kita”, percaya atau tidak buku ini merupakan sumber soalan hampir 60% dari soalan pengetahuan am dan alam sekitar. Aku gagal dlm mendapatkan jawapan untuk kertas ini kerana sedia maklum aku beli buku tersebut seminggu sebelum exam dan dlm keadaan goyah, x mampu aku utk menelan sume 600 muka surat. Edisi baru berwarna pink, harga dlm RM37.50 di MPH.

Tips ketiga – Pastikan cukup tido sehari sebelum exam, Pastikan cukup tido kerana exam tersebut akan buat kalian bosan,ngantuk dan 100% penat. Satu hari mengadap borang OMR buat aku bosan, bosan & bosan.

Tips keempat – Telefon parent, mintalah doa restu mereka. Lau ade melukakan hati parents tu, cepat2 lah call dorang minta maaf. restu ibu bapa ni penting.

Tips kelima – Sediakan pakaian dan kelengkapan untuk exam sehari sebelumnya. Pastikan anda memakai pakaian yg kemas..Rata-rata gadis lebih ayu memakai baju kurung dan lelaki lebih segak dengan kemeja dan slack. Ya, skema..Mahu keje gomen mmg skema. Alat tulis mesti lengkap pastikan bawa lebih dr sebatang pen dan pensil. Jgn menyesal jika tiada siapa mahu pinjam kan alat tulis kerana rata-rata yg menduduki peperiksaan memang mahukan jawatan yang sama.

Tips keenam – Semasa mengambil peperiksaan, masa amat berharga kerana jujur aku katakan pengawas peperiksaan yang menjaga tidak berapa arif tentang pengurusan masa. Yang mereka tahu bg kertas, set masa dan kutip semula kertas jawapan dan soalan peperiksaan. Kalian kena sentiasa bersedia, even borang omr belum siap diisi dengan maklumat menduduki peperiksaan. Biasanya kita akan diberikan peluang memeriksa kertas soalan 5 minit sebelum peperiksaan dimulakan, harap maaf itu tidak berlaku. Pastikan isi maklumat peperiksaan secepat mungkin dan bersedia utk menjawap soalan pada bila-bila masa. Pastikan juga anda menanda jawapan terus ke borang jawapan OMR jgn buang masa menanda jawapan di kertas soalan.

Tips ketujuh – Jangan sesekali meninggalkan ruang kosong tidak berjawap..Ya, “tembak” janji anda menjawap..Cool bukan tips ini..Kalau tidak mahu ikut terpulang sbb kalian mmg terror jika tidak menembak dan lebih suka tinggalkan ruang kosong. Menurut sumber yang boleh dipercayai, untuk kertas sahsiah rupa diri, 200 soalan dalam masa 40 minit. Paper ini menunjukkan siapa anda. Contoh soklan ” adakah anda pernah terfikir untuk memaki org ketika marah?” Ya atau Tidak..So, jadilah diri sendiri utk paper ini. Tp jika diri anda byk sifat2 kurang murni kekalkan sikap itu dengan tidak jujur semasa menjawap paper ini. Untuk paper math, praktis dari sekarang mencongak sebarang kiraan dlm titik perpuluhan. Kalkulator tidak dibenarkan sama sekali.

Tips kelapan – Tawakal..Balik rumah dan tido..Jgn sesekali check jawapan untuk soalan yang tidak boleh dijawap. Teruskan hidup anda seperti biasa.

Kalau ada PTD yang membaca tips ini aku jamin 90% akan setuju dengan tips yang aku berikan. Ya, mahu jadi PTD kena ada sikap percaya pada diri sendiri. Hahahaha..
Jika anda berjaya dlm exam ini, anda akan ke (Program Assessment Centre) PAC selama 3 hari, dan jika berjaya mencerminkan diri sebagai bakal ptd baru anda akan di interview..Jika berjaya dlm interview..kalau tak silap aku anda wajib mengambil Diploma Pengurusan Awam di Intan selama 6 bulan dan selepas itu baru diserapkan ke jabatan2 berkenaan.

lau ade tips2 lagi bolehlah kongsi bersama...Belum cuba Belum Tau...

Semoga kita sama2 berjaya dengan cemerlangnya..hhahaha...InSyaAllah.

SelaMAT MaJu JAya...

0 Pengkritik:

 
Copyright @ 2010 Haniza Family: PTD oh PTD... | Made By: Kranthi Swaroop | Modified By: MsueRooMz Dan iEn| Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top