tag:blogger.com,1999:blog-65668671517682837732024-02-03T07:10:08.274+08:00Haniza FamilymamaDhttp://www.blogger.com/profile/02529538486364761845noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-6566867151768283773.post-90333763190329320582010-03-30T17:46:00.000+08:002010-04-09T17:59:35.618+08:00RAHSIA TAHI LALATMasyarakat pada zaman dahulu mengenalseseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan.

Bagian Badan
Firasat
bibir atas kanan-banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri-ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan-disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri-pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan-cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri-cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah-tercapai cita-cita
biji mata kanan-suka serong dan pembohong
biji mata kiri-pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan-baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri-baik budi, murah rezeki
punggung kanan-agak mengalami kesulitan
punggung kiri-malas dan suka duduk
betis kanan-suka berhibur, boros
betis kiri-rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan-bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutt kiri-kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan-terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri-sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang-jujur, sabar dan tekun
kening kanan-cerdas dan cekap
kening kiri-cerdas, sopan santun
tengah kening-keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan-kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri-suka berpoya-poya
ketiak kanan-dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri-jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan-suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri-kehendak kuat
batang hidung-banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung-banyak rezeki
dagu bawah kanan-jujur dan baik hati
dagu bawah kiri-bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri-baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki)-bakal beristeri 2
tumit kanan-jujur dan banyak kawan
tumit kiri-baik budi
alis kanan-suka menolong, baik hati
alis kiri-ramai yang suka
pangkal peha kanan-kemahuan kuat
pangkal peha kiri-suka kerja apa pun
telapak kaki kanan-tak mudah mengeluh
jari kaki kanan-suka menolong
jari kaki kiri-berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan-cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri-suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan-baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri-ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan-setia dan taat pada atasan
lengan kiri-menepati janji dan rajin
pipi kanan-ramai teman
tengah-tengah pipi kanan-ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri-ramai teman
ubun-ubun-kurang jujur
pusat-cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan-sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri-beroleh kemliaan
pinggang kanan-sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri-disayang pasangan hidup
dada kanan-dapat mengatasi masalah
dada kiri-berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan-tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri-baik budi pekertinya
siku tangan kanan-kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri-baik hati, suka menolong
jari tangan kanan-serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri-serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan-banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri-banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan-banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri-baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam-disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam-tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar-baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri-murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan-serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas-baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas-baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah-agak malas
kelopak mata kiri bawah-agak bodoh, kurang bijaksanamamaDhttp://www.blogger.com/profile/02529538486364761845noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-6566867151768283773.post-70921236272695493712010-03-30T16:47:00.000+08:002010-04-09T18:00:02.403+08:00DiEt UntUk GolonGan DaRah A,B,AB & ODarah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.

Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.~bolehla cuba untuk diri sndiri yek~mamaDhttp://www.blogger.com/profile/02529538486364761845noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6566867151768283773.post-53610435696087515522010-03-30T16:24:00.000+08:002010-04-09T18:01:05.619+08:00KenALi PErsONaliti AnDa & AnAk AndaMacam-macam perangai anak ku ini....

Tahukah anda bahawa kedudukkan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.
Berikut ini disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.

Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
sering berjaya dalam hidup.
lebih pandai mengambil hati orang tua.
mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.

Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
sering merasakan diri mereka terpinggir.
terlalu mengalah

Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
happy go-lucky dan yakin diri.
manja.
berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
sukar membuat keputusan sendiri.

Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
sering merasakan diri mereka kesunyian.
lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
lebih bijak bergaul.
lebih cepat matang.
terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

mamaDhttp://www.blogger.com/profile/02529538486364761845noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6566867151768283773.post-88500654666727828652010-03-30T08:42:00.000+08:002010-04-09T18:04:29.269+08:00AmaLaN Yg Di TuNTut (Kiss, Kiss & Kisses)Amalan cium dan peluk mungkin janggal buat kita. Kita Cuma peluk dan cium pada majlis khas seperi cium mak, ayah, suami/isteri dan anak2 di hari Ulangtahun kelahiran, hari ibu, hari Raya Eid- Fitri, Hari konvokesyen atau memeluk jamaah Haji. Semasa saya sekolah menengah, saya memasuki pasukan kadet sekolah. Hari Pertama saya dan rakan-rakan sudah dihukum kerana buat kesilapan kecil semasa berkawat. Kesilapan berkawat berlarutan hampir sebulan. Akibatnya, saya dan rakan-rakan diminta oleh Cikgu Alias Kongo untuk berlari ke tengah padang dan memeluk serta mencium pokok. Ketika arahan diberi, hujan mula turun renyai-renyai. Hampir semua rakan-rakan segera melaksanakan arahan kecuali saya. Saya dimarahi cikgu kerana melanggar arahan. Saya berhujah ketika itu,”Mengapa cikgu memaksa saya memeluk dan mencium pokok yang tidak ada nilai buat saya? Jika cikgu suruh saya berlari ke rumah dan memeluk emak dan menciumnya, saya akan segera berlari pulang untuk melaksanakannya.” Akibat berhujah, saya dihukum lagi. Pada minggu ke empat, saya meletakkan jawatan dalam kadet sekolah. Pengaruh saya dan ’politik sekolah’ memberi saya keyakinan yang saya tidak akan dihukum oleh Pengetua. Pengetua yang garang pula, tidak mengatakan saya betul dan tidak pula kata saya salah. Kes dengan sendirinya berhenti di situ.Tidak ramai antara kita yang mampu menzahirkan kasih sayang dengan peluk cium.

Ketika saya bertugas di luar negara, saya melihat bagaimana intim pasangan warga emas Barat yang begitu akrab memeluk suami/isteri masing-masing. Mereka kelihatan bahagia dan menjadikan sentuhan sebagai pendamai jiwa. Bila ditanya usia mereka, mereka bangga menyebut ”I am ++ 70 years old”. Dalam usia sebegini mereka masih menghargai pasangan masing-masing. Mereka bergandingan tangan di car boot sales, di taman atau di pusat bandar. Itu adalah budaya yang mereka cipta dan laksanakan.Berlainan pula dengan jamaah haji warga emas orang kita. Mereka kelihatan bagai kurang mesra dan tidak mampu melahirkan kasih sayang. Isteri ditinggalkan suami kerana suami tidak mahu melayan kerenah isteri. (Nota Ridz:- Maaf tidak semua begitu).Ketika saya melanjutkan pengajian Masters di UK 10 tahun lalu, anak sulung berusia 5 tahun saya hantar ke Nursery berhampiran rumah. Satu perkara yang saya belajar, guru yang bernama Anne dan Christine akan memeluk dan mencium anak perempuan saya setiap kali datang dan setiap kali pulang.Pengalaman ini telah membuka minda saya. Jika mereka boleh memeluk dan mencium anak saya, mengapa saya tidak melakukan perkara yang sama? Maka saya mahu berubah. Dan sejak 10 tahun lalu, setiap hari saya akan memeluk ahli keluarga sebelum saya ke tempat kerja. Saya mendisiplinkan diri saya dan ahli keluarga untuk solat berjamaah maghrib bersama dan akan memeluk ahli keluarga setiap kali selepas berdoa solat Maghrib. Dari kajian rambang yang saya lakukan, Cuma 30% sahaja orang-orang kita yang menjadikan budaya memeluk ahli keluarga sebagai budaya hidup. Saya mengucapkan tahniah jika anda sudah melakukannya. Jika belum, tips berikut bermanfaat:-1. Mulakannya sekarang2.

Peluk dan cium ahli keluarga dengan ikhlas3. Doakan dan beri kata-kata perangsang kepada mereka.4. Ajar anak-anak kecil ‘adab/protokol Melayu’. Mulakan dari anak-anak memeluk umminya, ayah, abang/kakak yang tua hingga yang akhir.5. Suami jangan lupa memeluk isteri depan anak-anak selepas solat supaya menjadi contoh positif kepada anak-anak.6. Jika suami tidak melakukannya atau terlupa, ingatkannya6. Jika anda seorang anak, peluklah ayah/ibu lepas solat atau setiap kali menziarahi beliau.Saya menyakini satu perkara. Jika kita boleh mengujudkan budaya ini, maka kita mampu membawa budaya yang baik di Tanah Suci. InsyaAllah tidak akan timbul keadaan suami menengking isteri, suami-isteri membuat hal masing-masing atau suami tinggi ego di Tanah Suci.Moga Allah memberi kita akhlaq terbaik sebagai model kepada masyarakat. Amin!mamaDhttp://www.blogger.com/profile/02529538486364761845noreply@blogger.com0